Thursday, June 2, 2011

Awak cinta kerana apa?

Cinta kerana Allah,
Allah jaga hati kita.
Tidak dibenarkan syaitan masuk campur.
Pantang nak terfikirkan yang bukan-bukan tentang si dia,
Allah alihkan hati supaya memikirkan yang baik-baik.

Cinta kerana nafsu,
Asal kita terbayangkan si dia,
Asyik terbayangkan yang bukan-bukan.
Nafsu syahwat sering mengeledak.

Cinta kerana Allah,
Kita sering tenang,
Memikirkan si dia sentiasa senang dan bahagia.
Bila saja kita tahu dia dalam kesusahan,
Yang membuatkan dia tidak tenang dan bahagia,
Kita terus teringatkan Allah,
Kita ingat untuk berdoa kepada Allah,
Agar dia sentiasa damai dan sejahtera,
Agar dia diberi ketenangan jiwa.

Cinta kerana nafsu,
Kita acap kali resah,
Dan kita sering membayangkan dia juga resah tanpa kita,
Macam-macam menerpa ke dalam fikiran,
Kita selalu inginkan dia bersama kita,
Bernafsu betul.

Cinta kerana Allah,
Setiap kali kita teringatkan dia,
Kita juga teringatkan keluarganya.
Demi kebahagian kita dan dia,
Kita doakan dia sentiasa bahagia di samping keluarga,

Cinta kerana nafsu,
Hanya si dia di fikiran,
Kita sering terlintas dia hanya bahagia bersama kita,
Tanpa kita sedari bahawa keluarganya ada di sisi dia.

Cinta kerana Allah,
Berjauhan tidak mengapa,
Mungkin sesekali kita ingin menatap wajah si dia,
Namun, memandang gambar si dia dah mencukupi,
Meskipun gambar dia bersama kawan-kawannya.
Sebab cinta tu kerana Allah,
Kita rasa sayang nak pandang dia,
Usahkan lama-lama, kejap pun rasa segan,
Takut di masa depan,
Dah tiada apa nak dipandang.

Cinta kerana nafsu,
Jika berjauhan, rasa ingin dekat,
Jika dekat, rasa ingin tatap,
Tatap saja tak jadi, ingin sentuh.
Selalu ingin bersama dia sahaja,
Tak ingin ada gangguan.
Mungkin kita terlintas,
Kita tak buat apa-apa,
Bukan buat maksiat,
Tapi, tak sah kalau tak sentuh,
Kalau tak pegang dia.

Cinta kerana Allah,
Bila kita mesej si dia,
Dan dia tak balas mesej kita,
Kita ingat dia mungkin tengah susah hati.
Kita cuba bagi semangat kat si dia,
Insya-Allah, Allah mesti tolong.
Kadang-kadang, dia buntu,
Tak tahu nak buat apa.
Allah Maha Mengetahui,
Terus kita teringat Allah,
Kita doa semoga dia sentiasa diberkati selalu,
Berharap semoga dia tenang selalu.

Cinta kerana nafsu,
Bila si dia tak balas mesej kita,
Kita merajuk, kononnya.
Kadang-kadang kita mengungkit,
Kita kata, asyik kita je yang mesej dia dulu,
Dia tak pernah mesej dia.
Bila dia tak mesej dengan kita,
Mula la,
Dia dah tak sayang kita la,
Dia dah lupa kita la.

Cinta kerana Allah,
Kalau kita dapat mesej dengan dia,
Atau dapat jumpa dia,
Kita sangat sensitif,
Setiap reaksi si dia amat penting bagi kita.
Kita akan sentiasa beringat,
Kalau-kalau kita tersinggung hati dia,
Kita tak nak sebab kita, dia jadi tak senang,
Apa lagi kita mengganggu dia masa dia sakit.

Cinta kerana nafsu,
Kita memang sensitif,
Asal si dia tak ikut kata kita je,
Kita merajuk.
Minta dia pujuk.
Selalu juga kita ganggu dia,
Masa dia tidur,
Masa dia sakit,
Ada kita kisah?
Nafsu nakkan dia punya pasal,
Kita tak fikir pasal dia.

Cinta kerana Allah,
Kita hormati privasi si dia.
Kadang-kadang mood dia tak baik,
Dan dia ingin bersendirian,
Kita hormati permintaan dia,
Kita biarkan dia bersendirian seketika.
Bukan kita tak nak pujuk,
Kita cuba juga pujuk,
Tapi kita yakin, Allah kan ada.
Kita kan terus berdoa,
Semoga Allah kan selalu membantu dia,
Memberi ketenangan dan kesenangan kepada dia.

Cinta kerana nafsu,
Mana boleh biar je dia sorang-sorang,
Mesti ada kita.
Orang lain mana boleh tenangkan dia,
Kita jer...
Kan kita dan dia saling sayang-menyayangi...

Cinta kerana Allah,
Kita sedar hidup ini bukan selalu bahagia,
Kadang-kadang, kita ada buat silap,
Secara sengaja mahupun tak sengaja,
Yang membuat si dia terguris,
Kita minta maaf daripada dia,
Kita mohon ampun daripada Allah swt.
Kesilapan yang kita buat,
Mungkin bukan kesalahan besar.
Tapi, kita sedar,
Yang kita telah menyakiti hati seorang hamba Allah,
Sebab tu kita pohon keampunan Allah,
Selain minta maaf daripada si dia,

Cinta kerana nafsu,
Bila dia merajuk,
Kita tak rasa dia merajuk sebab kita.
Tapi, kita pujuk juga,
Sebab kita nak dia selalu di samping kita,
Untuk buat kita gembira,
Kita rasa, kalau dia terus sedih,
Siapa nak hiburkan kita lagi...
Tapi, kalau dia terus merajuk,
Kita tak pujuk dah...
Lantak dia la...
Sebab kita rasa kita boleh cari yang lain.
Yang lebih baik dari dia.
Macam tu ke makna sayangkan si dia?

Sekiranya kita percaya dan yakin cinta kita itu cinta kerana Allah,
Kita akan rela melepaskan dia pergi,
Kita juga sanggup berpisah dengan dia,
Buat sementara.
Kerana kita yakin,
Selagi Allah bersama kita,
Juga bersama dia,
Rindu kita kan terubat.
Kita dan dia kan bahagia.
Di bawah redha Allah Yang Esa.

Namun,
Sekiranya cinta kita adalah cinta kerana nafsu,
Kita takkan merasa senang untuk berjauhan dengan dia,
Walaupun seketika.
Kerana kita selalu inginkan dia.



1 comment:

ahmad endo said...

memang d kategorikan habis ni...hehehe